PERUTUSAN LEMBAGA PENGARAH
“ Yayasan Rohmat (YR) telah ditubuhkan pada 14 April 2023 untuk menjadi nadi kepada aspek-aspek pembangunan, kebajikan dan integriti berasaskan kepada tiga sendi agama iaitu Iman, Islam dan Ihsan”.
Terlebih dahulu marilah kita memanjatkan setinggi-tinggi puji dan syukur ke hadrat Allah serta puji-pujian, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat Baginda kerana dengan limpah kurnia serta izin-Nya Profil Yayasan Rohmat ini dapat disempurnakan dengan jayanya sebagai salah satu medium bagi melaksanakan inisiatif kebajikan dan kesejahteraan kepada seluruh masyarakat dalam dan luar negara.
Yayasan Rohmat (YR) telah ditubuhkan pada 14 April 2023 untuk menjadi nadi kepada aspek-aspek pembangunan, kebajikan dan integriti berasaskan kepada tiga sendi agama iaitu Iman, Islam dan Ihsan. Yayasan Rohmat memikul tanggungjawab yang besar dalam melaksanakan misi dan visinya.
Namun begitu, masih jauh perjalanan yang hendak di tempuhi dan masih banyak yang hendak dicapai demi hasrat untuk melihat kegemilangan Islam berasaskan landasan Ahli Sunnah Wal Jama’ah. Bertunjangkan kepimpinan dan pertunjuk para Ulamak, Iltizam pihak pengurusan, ahli-ahli serta sokongan para pendukung, Yayasan Rohmat yakin dan berharap agar segala impian di sebalik penubuhannya akan dapat dicapai dengan izinnya serta taufiq dan hidayah daripada Allah SWT.
Tan Sri Dato’ Haji Abdullah bin Haji Taib, PSM, DSMZ
Pengerusi