VISI & MISI
VISI & MISI
Visi & Misi Yayasan Rohmat:
Melaksanakan tanggungjawab kemanusiaan demi agama, bangsa, dan negara.
Menjadi sebuah yayasan global yang terulung, dinamik serta mampu untuk berdaya saing menerusi prestasi yang cemerlang dalam segala perkhidmatan yang diceburi.
OBJEKTIF
Yayasan Rohmat ditubuhkan berasaskan kepada LIMA objektif iaitu:
Membantu meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat terutamanya umat islam di Negeri Terengganu khasnya dan di seluruh Malaysia amnya.
Memelihara dan menyebar luas warisan Islam seperti Muzium Rasulullah SAW dan kompleks ilmu.
Mendirikan pusat dialisis bercirikan “society based” serta mesra pesakit dan keluarga dan menepati ciri yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bagi meringankan bebanan golongan yang memerlukan bantuan.
Membantu memperluaskan manfaat kepada pembangunan untuk kemaslahatan negara, bangsa dan agama.
Sebagai satu wahana bagi melaksanakan inisiatif kebajikan dan kesejahteraan masyarakat dengan memberi sumbangan kepada golongan yang memerlukan dan melaksanakan program-program kemasyarakatan, keagamaan, kesukanan dan sukarelawan.
MAKSUD LOGO
Antara maksud logo Yayasan Rohmat:
Integriti visi, misi dan aspirasi Yayasan Rohmat
Identiti sebagai satu wahana melaksanakan inisiatif
Logo Yayasan Rohmat merupakan satu kesepaduan imej organisasi yang dinamik, progresif dan inovatif.
Logo ini melambangkan peranan Yayasan Rohmat yang menyediakan perkhidmatan untuk pembangunan, kebajikan dan dalam masa yang sama berintegriti dalam melaksanakan misi, visi dan aspirasi kearah kemaslahatan negara, bangsa dan agama.
Rekabentuk ini diberi momentum dengan menggunakan bentuk geometri yang bersepadu jelas menggambarkan jaringan kerjasama antara semua bagi mencapai objektif organisasi.